PRINSIP MEMASAK

PRINSIP MEMASAK MAKANAN

 

Terdapat dua kaedah memasak dengan menggunakan haba kering iaitu membakar dan memanggang.

 

PRINSIP MEMASAK

 

HABA KERING

 

HABA LEMBAP

  

 

KAEDAH MEMASAK

Menggoreng 

Membakar

 

Memanggang

 

 

 

 

 

Mengukus  

Mencelur

 

Mereneh

 

Merendidih

 

Merebus

 

 

 

Kaedah memasak makanan dengan menggunakan haba kering

Haba dpindahkan kepada makanan melalui udara panas dalam kaedah memasak dengan haba kering. Makanan dimasak sama ada di dalam ketuhar , gril , atau di atas bara api yang panas. Dalam kaedah memasak dengan haba kering , makanan yang dipanaskan akan menyebabkan protein di permukaan makanan membeku. Ini akan mengelakkan jus makanan keluar. Apabila warna makanan bertukar keperangan , suhu hendaklah dikurangkan supaya bahagian dalam makanan akan masak.

 

 

 

MEMBAKAR

Membakar ialah memasak makanan di dalam ketuhar panas maenggunakan arus elektrik , gas , kerosin atau arang. Makanan yang sesuai dibakar kek , roti , pastry dan sebagainya.

 

Prinsip membakar.

  1. Susun tetingkat ketuhar mengikut jenis makanan yang  hendak dimasak.
  2. Panaskan ketuhar 10 minit sebelum makanan dimasak oada suhu yang dikehendaki.
  3. Tutup pintu perlahan –lahan.
  4. Kurangkan suhu selepas 10-15 minit supaya makanan masak sepenuhnya.
  5. Elakkan membuka pintu ketuhar semasa makanan dibakar kerana udara sejuk yang masuk akan menurunkan suhu.

MEMANGGANG


Memanggang ialah memasak makanan dengan menggunakan haba yang sangat panas daripada elemen pemana sapi yang terbuka atau di dalam ketuhar. Makanan yang sesuai dipanggang ialah daging , ikan , ayam dan sayuran berubi.

Prinsip memanggang

  1. Ketebalan potongna daging yang dipangggang hendaklah antara 2.5 cm – 7.5cm
  2. Makann dilumurkan dengan minyak atau rempah untuk mencegah makanan daripada menjadi terlalu kering.
  3. Makanan boleh dibalut dengan kerajang aluminium untuk mnegekalkan jus makanan.
  4. Makanan dibalikkan selalu supaya masak sama rata dan tidaj hangus.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAEDAH MEMANGGANG DAN MEMBAKAR.

 

KAEDAH

KELEBIHAN

KEKURANGAN

MEMBAKAR Hanya sedikit nutrient yang hilang semasa memasak.Memerlukan sedikit perhatian dan dapat menjimatkan masa

Bentuk asal makanan dikekalkan

Makanan mudah dicerna

Memerlukan banyak bahan api kecuali beberapa hidangan.Potongan  makanan yang kecil tidak sesuai kerana ianya mengecut

Masa memasak lama

MEMANGGANG Makanan sedap

Cepat dimasak

Makanan kurang berminyak dan mudah dicerna

Mahal kerana daging bermutu tinggi sahaja yang sesuaiMemerlukan banyak bahan api.

Memrlukan jagaan rapi supaya makanan tidak hangus.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s