MEMBUAT PAKAIAN

MEMBUAT PAKAIAN

Terdapat 3 peringkat dalam menghasilkan pakaian iaitu perancangan , pelaksanaan dan penilaian. Perancnagan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja . pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja.

PENYEDIAAN REKOD PAKAIAN

Membuat pakaian perlu perancangan yang apu supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut ekaan fesyen yang dikehendaki, menjimatkan masa dan dapat mengelakkan pembaziran. Perancangan ini dikumpulkan dalam satu dokumen yang dinamakan rekod kerja.

Rekod kerja mengandungi :

  1. Lakaran stail pakaian hadapan dan belakang
  2. Fabric yang digunakan
  3. Ukuran badan
  4. Proses menjahit
  5. Melakar pola
  6. Susun atur pola
  7. Langkah menjahit
  8. Pengiraan kos
  1. 1.       Lakaran stail pakaian

Lakaran stail pakaian ialah pandangan hadapan dan pandangan belakang pakaian yang hendak dibuat.

  1. 2.       Fabric yang digunakan

Fabric yang sesuai untuk dibuat kebaya ialah fabric yang sedehana tebal becorak atau tanpa bercorak. Fabric yang digunakan seperti fabric kapas campuran bercorak.

  1. 3.       Ukuran badan

Ukuran yang perlu dicatat ialah ukuran badan sendiri . ukuran yang tepat akan menghasilkan pakaian yang selesa dan cantik. Ukuran yang diambil bergantung kepada stail pakaian yang dipilih.

Contoh senarai ukuan badan ialah :

  • Leher
  • Bidang hadapan
  • Dada
  • Jarak mercu dada
  • Pinggang
  • Punggung
  • Bahu
  • Keliling lengan
  • Garis tengah belakang
  • Labuh blaus
  • Jarak pinggang ke punggung
  • Labuh lengan
  • Labuh skirt
  • Bahu ke mercu.
  1. 4.       Mengenalpasti proses menjahit

Kebaya

  • Penghilangan gelembung             : lisu pemadan
  • Kelim                                                     : kelim belah kangkung
  • Garis leher                                          : lapik berbentuj
  • Belah                                                     : belah berlapik
  • Lengan                                                                 : lengan padana rata
  • Penyudah tepi                                  : kelepet melengkung
  • Kancing                                                                : butang katup

Skirt

  • Penghilangan gelembung             : lisu pemadan
  • Kelim                                                     : kelim belah kangkung
  • Belah bezip                                         : belah berzip
  • Garis pinggang                                  : ikatan pinggang
  • Penyudah tepi                                  : kelepet terus
  • Kancing                                                                : cangkuk dan palang.
  1. 5.       Melakar pola

 

Langkah 1            : melakar pola badan belakang

Langkah 2            :melakar pola badan hadapan

Langkah 3            : melakar pola lengan

Langkah 4            : malakar lapik.

  1. 6.       Menyusun atur pola

Peraturan menyusun pola adalah dengan merancang dengan teliti kerja menyusun atur pola dengan baik akan menjimatkan perbelanjaan dan masa. Ia juga menghasilkan kerja yang berkualiti. Peraturan yang perlu diikuti ialah :

  • Sebelum membentang fabik pastikan luuskan dahulu ira fabric dan kenalpasti sebelah luar dan sebelah dalam fabik.
  • Fabric dibentang di atas permukaan yang cukup luas dan rata
  • Patuhi arahan tanda pola yana ad apad apola.
  • Susun kepingan pola besar dahulu diikuti kepingan yan kecil.
  • Semat pola fabik dengan menggunakan jaum peniti.

 

 

MENGGUNTING FABRIK

Setelah pola disematkan pada fabric, menggunting boleh dilakukan. Peraturan menggunting fabriki ialah :

  • Gunting fabric mengikut garisan gunting
  • Gunting kepingan yang besar dahulu , diikuti dengan kepingan yang kecil.
  • Semas amenggunting , gunakan sebelah tangan untuk menekan dan emnetapkan kepingan fabric yang digunting.
  • Elakkan mengangkat fabric ketika menggunting fabric.

Leave a comment