~DiEt oH dIeT~

  

..amalkan diet yang sihat selalu untuk mendapatkan tubuh yang sihat okeh…=)

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…

Leave a comment

Filed under Uncategorized

~macam – macam ragam~=)

Lawak Cikgu Dan Anak Murid

PART ICikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya.. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

Cikgu Nasyor: “Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah”
Mat : “Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.”

PART II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III

Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu…. Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART V

Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu…
Cikgu Nasyor : uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..

2 Comments

Filed under Uncategorized

~ hahaha…CIKGU YANG VERSATILE…..=)

2 Comments

Filed under Uncategorized

~ JOM NYANYI SAMA – SAMA~ KAMI GURU MALAYSIA ~

Leave a comment

Filed under Uncategorized

~ 1 in a million ~

Leave a comment

Filed under Uncategorized

~My DeArEsT sRt TeAcHeRs~

ini lah dia bakal – bakal guru srt yang sangat sangat berkaliber dan bakal berkhidmat untuk negara ..insyaallah..=)

Leave a comment

Filed under Uncategorized

SatU hARaPaN sAtU TuJuAn…….MenUjU KeJaYaAN…

SELAMAT DATANG KE BLOG EKONOMI RUMAH TANGGA…………..

Assalamualaikum w.b.t…..ucapan didahulukan dengan jutaan terima kasih kepada para pembaca yang budiman kerana sudi menjengah ke laman blogg ini bersama Cikgu WaWa. Di dalam laman blog ini , cikgu ada sedikit sebanyak menerangkan tentang serba sedikit  tentang kursus Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 5. Blog ini juga disediakan khas untuk para pelajar tidak kira menengah ke rendah ke khususnya bagi pelajar aliran Teknik Vokasional. Laman Blog ini sangat sesuai untuk anda semua kerana iannya banyak meliputi  tentang selok belok tentang ekonomi rumah tangga seperti jahitan , masakan , penjagaan diri , penguusan kediaman dan banyak lagi. Untuk keterangan yang lebih lanjut , jangan malu dan jagan segan ye untuk membaca . Marilah bersama – sama mempelajari kursus ini bersama Cikgu WaWa.

~CikGu WaWa~


1 Comment

Filed under Uncategorized